Kerjaya Politik & NGO Kumaresan Aramugam

Semasa menuntut USM, YB Kumaresan bergiat aktif di aktiviti kampus dan beliau diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Publisiti Persatuan Kebudayaan India USM. Sebenarnya, minat terhadap politik telah mula membuak di hati sanubari beliau sejak zaman universiti lagi. Dibekalkan dengan semangat serta minat beliau itu, maka beliau telah membuat permohonan untuk membuat Latihan Pratikal dengan YB Sim Tze Tzin, ahli Parlimen Bayan Baru sebagai staf intern. Prestasi, komitmen cermerlang dan minat dalam politik yang dipaparkan oleh beliau sepanjang menjadi staf intern telah menjadi kelebihannya di mana beliau ditawarkan untuk menjadi pembantu peribadi kepada YB Sim Tze Tzin.Sejak itu, beliau telah bergiat aktif dalam persada politik seperti menganjurkan program-program kemasyarakatan untuk rakyat, menyelesaikan, mendengar keperluan dan masalah rakyat. Beliau juga diberi tugas untuk menjadi kordinator Program Kewarganegaraan Parti Keadilan Rakyat di Pulau Pinang. Dengan bimbingan N. Surendran, peguam hak asasi manusia, pada tahun 2012 beliau telah menubuhkan 'task force' KEADILAN bagi membantu dan memperjuangkan nasib golongan tiada kerakyatan “stateless” khususnya di Pulau Pinang dan juga di peringkat Nasional. Beliau telah membantu mereka yang menghadapi masalah mendapatkan kewarganegaraan (IC Biru), sijil kelahiran dan status kerakyatan negara ini. Di samping itu, beliau juga membantu mendaftarkan ramai pelajar yang tidak mempunyai kerakyatan untuk masuk ke sekolah bagi melanjutkan pelajaran.[1][2][3][4] Sumbangan, pencapaian, keprihatinan beliau telah membolehkan beliau terpilih untuk menyertai pelbagai program latihan politik khusus untuk pemimpin politik muda di dalam dan luar negara antaranya di Jerman, Singapura, Cambodia, Filipina, Thailand dan India.Atas kepercayaan dan sumbangan beliau kepada PKR beliau dilantik sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang dimana beliau merupakan Ahli Majlis termuda mewakili PKR di PBT. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis MBPP sebanyak 4 penggal sejak 2014-2018. Sepanjang berkecimpung sebagai anggota PBT, beliau telah banyak membawa isu-isu tempatan dan sering kali memohon PBT untuk memberi keutamaan untuk projek pembangunan dan menaiktaraf infra di kawasan. Segala sumbangan dan pencapaian Kumaresan selaku Ahli Majlis mendapat pengikhtirafan apabila PKR telah memutuskan untuk memilih beliau sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018. Beliau merupakan calon tunggal India yang diangkat daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) iaitu cabang pemuda Parti . Parti telah mencalonkan beliau untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Batu Uban N35, Pulau Pinang. Sepanjang penglibatan dalam bidang politik , beliau telah diberikan amanah untuk memimpin beberapa jawatan / portfolio. Antara jawatan-jawatan politik yang pernah disandang oleh beliau adalah :

  1. Naib Pengerusi, Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang (MPNPP)
  2. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Bayan Baru, Pulau Pinang
  3. Exco Angkatan Muda Keadilan Pusat (2014-2018)
  4. Setiausaha Cabang Bayan Baru (2013-2018)

Di samping bergiat aktif dalam arena politik beliau juga turut terlibat di dalam kegiatan badan bukan kerajaan ( NGO ) . Antara jawatan yang disandang oleh beliau ialah:

  1. Pengerusi Negeri, Majlis Belia India Malaysia (MIYC)
  2. Pengerusi, Pertubuhan Belia Hindu Cawangan Bayan Baru (HYO)